AFM GRATA CONSTRUCTION Maklumat Pengurusan

TUAN HAJI MISRI BIN ROSE, PPN
PENGURUS SYARIKAT

Tuan Haji Misri bin Rose mempunyai pengalaman lebih dari 35 tahun sebagai Eksekutif Kanan dalam perkhidmatan kerajaan. Dalam tempoh perkhidmatannya beliau telah di anugerahkan sebanyak 3 kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu pada tahun 1992 dan 1993 di Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Negeri Sarawak dan pada tahun 2003 di Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi menghargai sumbangan dan perkhidmatannya, pada tahun 1995 beliau telah di anugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN) daripada Darjah Kebesaran Yang Mulia Pangkuan Negara.

Beliau telah berkhidmat di banyak kementerian dan jabatan kerajaan termasuk di Bahagian Pengurusan Kontrak & Bekalan, Kementerian Kewangan, Jabatan Telekom Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Perdagangan Antarabangsa (MITI) selama 5 tahun sebagai Atase Pentadbiran bertaraf Diplomatik. Dihujung perkhidmatannya, beliau berkhidmat selama 8 tahun di Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan, beliau telah mengendalikan cawangan latihan untuk anggota-anggota paramedik / gunasama Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semasa berkhidmat, tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan adalah urusan pentadbiran pejabat, kewangan, perolehan sebutharga & tender. Tugas-tugas ini banyak melibatkan beliau berurusan dengan agensi-agensi pusat seperti Kementerian Kewangan dan agensi-agensi swasta. Kedudukan jawatan dan tugas-tugasnya yang pelbagai telah membolehkan beliau mengetahui dan memahami prosedur kewangan dan perolehan kerajaan. Beliau mempunyai pengetahuan yang luas mengenai jenis dan kualiti barangan / kelengkapan pejabat serta arif mengenai lain-lain keperluan bekalan, perkhidmatan yang lazimnya dipesan/diguna oleh sesebuah kementerian / jabatan kerajaan.

Pengetahuan dan pengalaman yang beliau perolehi dalam sektor kerajaan merupakan elemen yang penting untuk beliau meneraju sesebuah syarikat. Beliau telah menunjukkan minat dan kesungguhan untuk menjadi seorang kontraktor yang berprestasi tinggi dan sentiasa fokus di dalam menjalankan kerja-kerjanya. Beliau telah banyak mengikuti kursus/seminar yang dianjurkan oleh CIDB, BPKU dan badan-badan swasta yang menganjurkan kursus-kursus usahawan.

Disamping itu beliau turut mengembangkan dan berkongsi ilmu yang beliau miliki kepada anak-anaknya sebagai rakan kongsi dalam syarikat untuk bertujuan meneruskan kesinambungan kerjaya mereka dalam bidang keusahawanan Bumiputera seterusnya mewarisi perusahaan yang beliau ceburi.

Sebagai pengasas AFM Grata Construction dan peneraju syarikat pengalaman dan pengetahuan yang beliau miliki merupakan Satu Aset dan kelebihan bagi AFM Grata Construction untuk membangun sebagai kontraktor Bumiputera yang berwibawa, berdaya saing dan berprestasi tinggi serta membantu untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan mencapai matlamat Wawasan 2020.

AFM GRATA CONSTRUCTION Objektif

Memenuhi Kehendak Pelanggan

• Melaksanakan kerja yang berkualiti
• Mengekalkan dan memperoleh hubungan yang baik dengan pelanggan / pembekal yang berpotensi untuk meningkatkan kualiti kerja

Bersikap Profesional

• Latihan dan pembangunan kakitangan
• Hubungan dan komunikasi yang baik dengan pelanggan dan pembekal

Pengurusan Kualiti Kerja/Projek

• Memastikan perancangan yang baik sebelum pelaksanaan terlebih dahulu
• Memastikan komunikasi dan penyeliaan yang baik di tapak untuk meningkatkan sokongan logistik dan penghantaran

Keselamatan & Kesihatan

• Penyelenggaraan pencegahan
• Menyediakan PPE (peralatan perlindungan diri)
• Mengadakan taklimat keselamatan sebelum memulakan kerja
• Pemeriksaan kesihatan rutin

MISI SYARIKAT

Mampu berdaya saing secara sihat di sektor kerajaan mahupun swasta bagi memperoleh tender dan sebut harga. Syarikat juga akan memastikan tahap pencapaian prestasi syarikat akan terus maju ke hadapan sebaris dengan syarikat-syarikat gergasi lain di Malaysia.

VISI SYARIKAT

Berazam agar syarikat AFM Grata Construction akan menjadi sebuah syarikat Bumiputera yang maju, kukuh dan mantap suatu hari nanti. Sehubungan dengan itu, syarikat AFM Grata Construction dapatlah membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat.

Agensi Berdaftar Syarikat

0

Revenue in 2017 (Million)

0

Collaegues & Counting

0

Successfully Project

0

Year of experience

Happy Clients Testimonials​